Thursday, November 15, 2012

Pembukaan Rasmi ~ Airis's Party Favors Shop

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas peluang ini. Idea untuk small bisnes ini tercetus apabila saya sendiri berkejar-kejar mencari bahan untuk persiapan birthday party Airis Batrisya yang pertama bulan lalu. biasalah seorang ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya walaupun anak kecil itu masih belum mengerti..dalam masa yang sama soal budget juga perlu diutamakan membuatkan saya agak frust, ade yang menawarkan brgn yang saya idamkan namun dikekang dengan harga yang tinggi dan over-budget..yang murah pulak kurang menarik...pendek kata semuanya serba tak kena..
Kedai online yg terhad bagi party favors ini membuka mata saya untuk menceburi bidang perniagaan yang sudah lama diimpikan. Dalam kesibukan tugas, diharap perniagaan online ini dapat diterima baik oleh semua, dan berharap bisnes saya ini akan mendapat sambutan di kalangan pembeli online. Saya akan berusaha dari semasa ke semasa memberikan perkhidmatan dan bekalan yang terbaik untuk anda semua..dan yang paling penting, harga yang terbaik dan mampu milik..itu janji kami di Airis's Party Favors Shop!!

Selamat membeli.. :)